Jawatan Kosong Jururawat U29 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong Jururawat U29 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) – Februari 2016. Iklan kerjaya terkini kerja kosong Jururawat U29 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dibuka, pohon sekarang.

jawatan kosong jururawat

Universiti Malaysia Pahang dengan ini mempelawa calon-calon jururawat dikalangan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) di Kampus Gambang dan Kampus Pekan.


Jururawat U29

Tangga Gaji RM1,312.00 (Minimum) – RM5,173.00 (Maksimum)

Kelayakan:
(a) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. DAN
(Gaji Permulaan : RM1,687.59)
(a) Mencapai sekurang-kurangnya Lulus dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penempatan Jawatan : Pusat Kesihatan Pelajar, Kampus Gambang dan Kampus Pekan

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon melalui sistem permohonan jawatan online di laman web rasmi UMP bahagian eRecruitment di pautan berikut: http://apps.ump.edu.my/online/eRecruitment.jsp.

Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lainlain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada:

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)


CATATAN AM

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH BUKA : 1 Februari 2016
TARIKH TUTUP : 15 Februari 2016
TARIKH AKHIR PENERIMAAN DOKUMEN PERMOHONAN : 22 Februari 2016

2 Comments
  1. NURUL AFZAN BINTI RAZALI 4 years ago
  2. NUR BAHAIZURA 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *