Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Jawatan Kosong Jururawat U29 di LPPKN – Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong jururawat gred u29 di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

jawatan kosong jururawat

JAWATAN: JURURAWAT (SAMBILAN) GRED U29
KLASIFIKASI : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
KADAR UPAH: RM72.00 sehari


KEKOSONGAN: 2
PENEMPATAN: 1 Kekosongan (Klinik Nur Sejahtera Taiping) & 1 kekosongan (Klinik Nur Sejahtera Parit Buntar)

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  4. Perakuan Pendaftaran Pengamalan
  5. Perakuan Sijil Pengamalan Tahunan (APC) yang berkuatkuasa
  6. Perakuan ketua jabatan (jika perlu)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON

  1. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat:

    Pengarah Negeri,
    Pejabat LPPKN Negeri Perak,
    Bangunan Persekutuan Ipoh,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.
    Tel: 05-241 0842
    Fax: 05-241 0873

  2. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan ditemuduga.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan mereka tidak berjaya.
  4. LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
  5. Pemohon yang tidak mengikut cara permohonan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 Januari 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *