Kerja Kosong Jururawat di Universiti Putra Malaysia (UPM) September 2015

Jawatan Kosong Jururawat di Universiti Putra Malaysia (UPM) – Iklan kerjaya terkini Kerja Kosong Jururawat di Universiti Putra Malaysia (UPM) bulan September 2015

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1) JURURAWAT PERGIGIAN, GRED U29
2) JURURAWAT MASYARAKAT, GRED U19


JURURAWAT PERGIGIAN, GRED U29

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,312.00 – RM5,173.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,687.59); dan
b) Lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas.

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.

JURURAWAT MASYARAKAT, GRED U19

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM936.00 – RM3,629.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,284.27); dan
b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia; dan
c) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Peningkatan secara lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas.

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab sebagai pekerja kesihatan yang menjalankan pelbagai tugas dan merupakan ahli pasukan kesihatan yang berkhidmat secara terus kepada masyarakat.

CARA MEMOHON:

Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web http://spj.upm.edu.my


PERHATIAN:

Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TEMPOH IKLAN:

Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) akan mula dibuka pada 04 September 2015 (Jumaat) dan akan ditutup pada 18 September 2015 (Jumaat).

One Response
  1. Nurfarahana binti Mohamad Nor 8 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *