Permohonan Diploma Jururawat USM 2016-2017 Online

Permohonan Diploma Jururawat USM 2016-2017 Online – Kepada anda yang berminat dan bercita-cita untuk berbakti sebagai jururawat, maka inilah peluang anda. Universiti Sains Malaysia kini membuka permohonan atas talian untuk Diploma Kejururawatan bagi sesi tahun 2016/2017.

diploma jururawat

Permohonan telah dibuka bermula pada 25 Februari (hari Khamis) jam 12.00 tengah hari hingga 4 April 2016 (hari Isnin). Berikut disertakan maklumat penting berkaitan kemasukan Jururawat USM kali ini.


Objektif Program Diploma Jururawat USM 2016/ 2017

Program Diploma Kejururawatan USM merupakan program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih Jururawat Profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cara Melakukan Permohonan Online Diploma Jururawat USM 2016-2017

Permohonan Online Diploma Jururawat USM 2016-2017

Langkah-langkah permohonan di bawah akan dikemaskini sekiranya perlu:

  1. Anda perlu melakukan permohonan dengan mendaftar di halaman capaian khas USM di https://pohon.usm.my/.
  2. Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor Pin USM – JURURAWAT [RM60.06] di mana-mana cawangan BSN.
  3. Permohonan adalah melalui pembelian nombor PIN USM – JURURAWAT di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN, mesin ATM (bagi Pemegang akaun GIRO sahaja) atau Internet Banking (myBSN).
  4. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut:
    1. No. Kad Pengenalan / MyKad
    2. No. Pin USM – JURURAWAT
    3. Kata Laluan (Ciptaan Sendiri 5-15 aksara)
    4. Nama Ibu
    5. Alamat emel yang aktif dan betul
  5. Nombor Rujukan akan dipapar dan juga di emel setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.


HUBUNGI

Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan/dialamatkan kepada:

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR,
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM, PULAU PINANG

Tel: 1 300 888 876
Fax: 04 653 3328
Email: [email protected]
FB: Student Admissions USM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *