Jawatan Kosong Jururawat U29 di Pusat Perubatan UKM (PPUKM)

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat U29 di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) – November 2015. Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong Jururawat U29 di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) bulan November 2015 kini dibuka.

jawatan kosong jururawat

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat serta mengisi kekosongan jawatan kosong jururawat di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) sebagai:

Jururawat U29


Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
Kekosongan : 45

Gaji Minimum: RM1,312.00
Gaji Maksimum: RM5,173.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam ( ITKA ) : RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan ( ITP ) : RM180.00
Bantuan Sara Hidup ( BSH ) : RM300.00

Bantuan Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPK ) : RM300.00

Syarat Lantikan

a) Diploma Kejururawatan daripada Institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia;

( Gaji permulaan : Gred U29 : RM1,687.59 )

DAN

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan seperti yang di nyatakan

Syarat Lanjut

Umur:

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada:
i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun.
iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun.


Cara Memohon:

  1. Permohonan melalui Sistem Pengurursan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.ukm.my/sppj ATAU https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan di panggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah di anggap tidak berjaya.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.

PS: BAGI SESIAPA YANG TERLUPA KATA LALUAN NAK MASUK SILA IKUT LANGKAH DI BAWAH:
Contoh :901010-14-5004
(Masukkan no KOD Negeri + no belakang i/c + Tahun kelahiran )
#14500490 <-- ini adalah kata laluan LOGIN anda. Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2015


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *