Jawatan Kosong Jururawat di UiTM Shah Alam – Mac 2016

Jawatan Kosong Jururawat di UiTM Shah Alam – Iklan kerjaya terkini kerja Kosong Jururawat di Universiti Teknologi Mara, Cawangan Shah Alam bagi bulan Mac 2016 kini dibuka.

jawatan kosong jururawat

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon jururawat dikalangan Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.


Jawatan Kosong Jururawat

  • JURURAWAT (GRED U29)
  • JURURAWAT PERGIGIAN GRED U40
  • JURURAWAT PERGIGIAN GRED U38
  • JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29

Deskripsi Tugas

JURURAWAT (GRED U29)

Gaji Minimum: RM1,312
Gaji Maksimum: RM5,173

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : RM1,687.59);
dan
(d) calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) had umur pelantikan;
(i)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii)berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

JURURAWAT PERGIGIAN (GRED U40)

Gaji Minimum: RM5,023
Gaji Maksimum: RM8,306

  1. Calon bagi lantikan terus ke gred U40 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a)warganegara Malaysia;
    (b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (c) (i) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U40: RM 5,023.00)
    dan
    (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  2. Jururawat Pergigian Gred U38 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U40 yang kosong apabila telah;
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) diperaku oleh ketua perkhidmatan

Tempoh Pengalaman

Mempunyai tempoh pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.


JURURAWAT PERGIGIAN (GRED U38)

Gaji Minimum: RM4,271
Gaji Maksimum: RM7,290

  1. Calon bagi lantikan terus ke gred U38 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (c) (i) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    dan
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U38: RM4,271.00);
    (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  2. Jururawat Pergigian Gred U36 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U38 yang kosong apabila telah;
    (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
    (c) diperaku oleh ketua perkhidmatan

Tempoh Pengalaman

Mempunyai tempoh pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

JURURAWAT PERGIGIAN (GRED U29)

Gaji Minimum: RM1,312
Gaji Maksimum: RM5,173

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (c) (i) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59);
    dan
    lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    (a) memiliki kelayakan dalam perenggan 1(c) di atas; dan
    (b) had umur pelantikan:
    (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Pemohon Luar (Bukan Staf UiTM)
i. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
ii. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Mac 2016 hingga 3 April 2016 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).
iii. Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Untuk Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, UiTM hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 April 2016 (Ahad)

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL: (03) 5544 3007 / 3077 / 3082 / 3085 / 3089 /3090 / 3092
(03) 5521 1028 / 1613 / 3417
EMAIL: [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *