Jawatan Kosong Jururawat U29 di UiTM Pasir Gudang Johor

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat U29 di UiTM Cawangan Johor – Iklan kerjaya tawaran kerja kosong jururawat u29 di UiTM Cawangan Kampus Pasir Gudang Johor sesi Mac 2016 dibuka.

jawatan kosong jururawat

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan kosong jururawat u29 secara Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat/ Kampus Pasir Gudang.


Jawatan Kosong Jururawat U29

Status: Tetap / Kontrak
Penempatan: Kampus Pasir Gudang
Gaji Minimum/Maksimum: RM 1,312.00/ RM 5,173.00

KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59)
dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)(i)mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas; atau
(b)had umur pelantikan:
(i)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii)berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
  2. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://www.johor.uitm.edu.my/v2/ atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
  5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  6. Sila kemukakan permohonan kepada:

    TIMBALAN PENDAFTAR
    BAHAGIAN PENTADBIRAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
    KAMPUS SEGAMAT
    KM. 12, JALAN MUAR
    85000 SEGAMAT
    JOHOR DARUL TA’ZIM
    No Tel : +(607)-935 2338 / 2020 / 2273

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN, 21 MAC 2016.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *