Kerja Kosong Jururawat di Universiti Putra Malaysia (UPM) April 2015

Kerja Kosong Jururawat di Universiti Putra Malaysia (UPM) – April 2015
HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Universiti Putra Malaysia mempelawa Jururawat Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

JURURAWAT GRED U41 &
JURURAWAT GRED U29

Kerja Kosong Jururawat di Universiti Putra Malaysia (UPM)

JURURAWAT GRED U41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,260.00 – RM8,756.00

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ] dan
b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Kriteria Tambahan:

i) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
ii) Memiliki Sijil Pos Basik.

  • Peroperatif
  • Perianeasthes
  • Pediatrik
  • Kebidanan
  • Orthopedik

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.

JURURAWAT GRED U29

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,312.00 – RM5,173.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] dan
b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Kriteria Tambahan:

i) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
ii) Memiliki Sijil Pos-Basik.

  • Urologi
  • Endoscopy
  • Otorinolaringologi
  • Opthalmology
  • Nefrologi
  • Kebidanan
  • Orthopedik
  • Perioperatif
  • Onkologi
  • Pediatrik
  • Neonat
  • Perawatan Rapi
  • Psikiatri

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.

CARA MEMOHON:

Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web http://spj.upm.edu.my

PERHATIAN:

Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TEMPOH IKLAN:

Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) akan mula dibuka pada 23 Mac 2015 (Isnin) dan akan ditutup pada 9 April 2015 (Khamis).

One Response
  1. Nor Shamila Binti Saari 5 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *