Jawatan Kosong Jururawat U29 di UiTM Dungun Terengganu – Oktober 2015

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat U29 di UiTM Dungun Terengganu – Oktober 2015. Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong Jururawat Gred U29 di Universiti Teknologi Mara Cawangan Dungun, Terengganu bulan Oktober kini dibuka.
jawatan kosong jururawat
Universiti Teknologi MARA (Terengganu) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan di UiTM (Terengganu) Kampus Dungun bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. Jururawat U29


DESKRIPSI JAWATAN

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,312.00
Maksimum: RM 5,173.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59);

dan

Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Umur

a. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
c) Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (12) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (Terengganu) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Terengganu) di http://terengganu.uitm.edu.my/ dan borang juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM (Terengganu), 23000 Dungun, Terengganu.


Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UiTM (TERENGGANU)
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

RUJUKAN

  1. Iklan Jawatan
  2. Borang Permohonan

Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada : 01 November 2015 (Ahad)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *