Jawatan Kosong Jururawat U29 di Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat U29 di Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) – Iklan kerja kosong jururawat u29 di Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) sesi Januari 2016 dibuka. Pohon sekarang.

jawatan kosong jururawat

Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993, nombor pendaftaran : 123. KPKB akan membuka sebuah Pusat Dialisis di Gua Musang. KPKB dengan ini mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang berikut:

Jururawat Gred U29

  • Memiliki Diploma Nursing daripada mana-mana dan Institusi yang diiktiraf di Malaysia.
  • Keutamaan adalah calon yang mempunyai Post Basic Renal


Majikan : Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji Minimum – Maksimum
Gred U29: RM1,312.00 – RM5,173.00 (kenaikan gaji tahunan RM145)

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan

Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil lahir, Sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan sekeping gambar berukuran passport.


Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenaraikan pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Pengerusi
Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad
d/a Ibu Pejabat KESEDAR
Jalan Persiaran Raya
18300 Gua Musang
Kelantan
Tel: 09-9132328

ATAU emailkan resume anda ke alamat email: [email protected]

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2016


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *