Jawatan Kosong Jururawat U29 di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat U29 di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM – Iklan kerjaya tawaran kerja Kosong Jururawat U29 di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jadilah yang terawal memohon jawatan kosong Jururawat U29 di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM hari ini.

jawatan kosong jururawat

Kami memerlukan warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Hospital Pakar Kanak-Kanak, UKM bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

JURURAWAT U29


Jadual Gaji Minimum – Maksimum untuk Gred U29:
RM1,797.00 – RM5,753.00

Elaun :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00

Taraf Jawatan : Kontrak
Penempatan : Hospital Pakar Kanak-Kanak, UKM

Syarat Lantikan :

1. Warganegara Malaysia

2. Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM 1,797.00)

dan

3. Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEUTAMAAN

a) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki sijil pos basik (OT, Orthopedic, Pediatric, NICU, PICU dan A&E)

UMUR

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

b) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada:

i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun
ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun
iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun


CARA MEMOHON

a) Permohonan melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ), permohonan adalah tersedia melalui pautan ‘MOHON SEKARANG’ di bawah.

b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohon yang tidak menerima apa-apa jawatan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

NAMA DAN NOMBOR TELEFON PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai berkenaan seperti berikut:

Puan Farliza Zakaria / Cik Iyliahanis Sa’ari
Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur MALAYSIA

Tel: 03- 9145 9040/9003

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Julai 2018

MOHON SEKARANG Secara Online melalui SPPJ UKM



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *