Jawatan Kosong Jururawat Gred 23 di PERKESO

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat Gred 23 di PERKESO – Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong jururawat Gred 23 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sesi Julai 2016 kini dibuka untuk permohonan.

jawatan kosong jururawat

TARAF JAWATAN : KONTRAK
KUMPULAN PERKHIDMATAN : EKSEKUTIF
GAJI : LINGKUNGAN RM2,890.00 – RM7,750.00
KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
TEMPAT : PUSAT REHABILITASI KEBANGSAAN PERKESO

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; atau
  3. Memilki Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, atau institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan dengan 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan;
  4. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  5. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia;
  6. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris;
  7. Lepasan Ijazah digalakkan untuk memohon;
  8. Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra;
  9. Adalah seorang yang boleh bekerja secara berpasukan;
  10. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja di Jabatan/Wad Pemulihan atau Jabatan/Wad berkaitan; atau mempunyai pengalaman dalam program Return to Work;
  11. Bersedia bertugas di Pusat Rehabilitasi Kebangsaan PERKESO, Melaka.


CARA MEMOHON

  1. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui Laman Sesawang PERKESO.
  2. Anda perlu mendaftar sebagai pemohon dan mengemaskinikan profil anda untuk kekosongan. Sila daftar di SINI
  3. Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk melengkapkan Ujian Psikologi secara atas talian (online) dan hanya calon–calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga.
  4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

INFO: Untuk pengetahuan semua, tidak ada sebarang borang manual yang digunakan untuk permohonan kerja di PERKESO. Semua maklumat mengenai kelayakan, pengalaman, dan sebagainya diletak dalam profil anda. Pastikan profil anda adalah lengkap sebelum tarikh tutup permohonan.

Untuk mengemaskinikan profil anda, sila login terlebih dahulu, dan rujuk pada “Menu Pengguna” pada sebelah kanan portal ini dan klik pada “Kemaskini Profil”

TARIKH TUTUP: 27 JULAI 2016


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *