Jawatan Kosong Jururawat di UiTM Negeri Sembilan

Jawatan Kosong Jururawat di UiTM Negeri Sembilan Julai 2016 – Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong jururawat di UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi Julai 2016 kini dibuka untuk permohonan.

jawatan kosong jururawat

Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi MARA (Cawangan Negeri Sembilan) dengan ini mempelawa calon-calon dikalangan Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan jururawat Gred U29 di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rambau.


Maklumat jawatan adalah seperti berikut:

Jawatan: Jururawat
Gred: U29
Skim Perkhidmatan: JURURAWAT
Jadual Gaji: RM 1,797.00 (minimum) – RM 5,753.00 (maksimum)
Penempatan : Kampus Rembau/Tetap

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat
Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55
atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58
tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan
Negeri Sembilan di http://nsembilan.uitm.edu.my/v1/ atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang
dikemaskini
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya
f. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan

Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel : +(606)-4823 2100 / 483 2210

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN, TARIKH 25 JULAI 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *