Klinik Syed Badaruddin Sdn. Bhd

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat di Klinik Syed Badaruddin Sdn. Bhd – Iklan tawaran jawatan kosong jururawat Klinik Syed Badaruddin kini dibuka untuk permohonan. Jadilah calon terawal memohon kerja kosong jururawat hari ini.

INFO MAJIKAN

Klinik Syed Badaruddin Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia, dengan ibu pejabatnya di Kuantan. Syarikat ini beroperasi di sektor Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Ambulatory. Ia telah diperbadankan pada 13 Januari 2005.

Klinik Syed Badaruddin Sdn Bhd mempunyai rangkaian klinik perubatan di Kuantan, Kerteh, Paka dan Dungun, Terengganu.

JAWATAN KOSONG JURURAWAT

Lokasi: Kuantan, Pahang

Deskrisi Tugas:

Menyediakan rawatan, sokongan dan penjagaan kepada mereka yang memerlukan penjagaan kejururawatan kerana kesan penuaan, penyakit, kecederaan, atau kemerosotan fizikal atau mental yang lain, atau potensi risiko kepada kesihatan; memberi penjagaan, rawatan, dan nasihat kejururawatan kepada pesakit yang cedera, kurang upaya, dan orang lain yang memerlukan penjagaan sedemikian.

Tanggungjawab:

  • Menjalankan tugas-tugas asas pembantu klinik dan jururawat.
  • Menyusun atur barang keperluan dalam bilik doctor dan bilik kecemasan.
  • Membantu kerja-kerja pemeriksaan kesihatan pesakit termasuk mengambil darah dan kerja-kerja yang berkaitan.
  • Menjalankan dan membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan/Pengarah Urusan dari masa ke semasa

Kelayakan Akademik:
– DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN SAINS KEJURURAWATAN

Kemahiran:
Microsoft Office

KAEDAH PERMOHONAN

1. Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan perjawatan di bawah.
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada: 29 Februari 2020

PAUTAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG JURURAWAT KLINIK SYED BADARUDDIN



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *