Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Jawatan Kosong Jururawat Terlatih Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) – Iklan kerjaya tawaran Jawatan Kosong Jururawat Terlatih Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kini dibuka untuk permohonan.

jawatan kosong jururawat

INFO MAJIKAN

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 21 Jun 2011 yang mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.


Matlamat YIDE adalah memberi bantuan kecemasan, menyediakan Perkhidmatan Pusat Rawatan Hemodialisis dan menguruskan hal ehwal anak-anak yatim Negeri Selangor.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengurus selia enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Enam pusat itu membabitkan Pusat Dialisis MAIS Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman Melawati dan Bukit Jelutong.

Kesemua pusat dialisis itu menyediakan 43 mesin hemodialisis bagi menampung kapasiti pesakit daripada pelbagai peringkat umur. Rawatan hemodialisis adalah salah satu peranan YIDE dalam memberi khidmat sokongan kebajikan khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan.

Jawatan Kosong Jururawat Terlatih

Sukacita dimaklumkan, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kini membuka peluang kepada orang ramai yang berkelayakan untuk memohon jawatan jururawat terlatih.

Penempatan: Pusat Dialisis MAIS Cawangan: Sungai Besar/ Bukit Jelutong / Kapar


SYARAT-SYARAT

  • Mempunyai Diploma Kejururawatan, Diploma Lanjutan, Graduan Diploma Tinggi atau setaraf dengannya.
  • Mempunyai Lesen Praktik Tahunan bagi tahun semasa
  • Mempunyai Sijil Kejururawatan Hemodialisis Asas adalah diutamakan dan satu kelebihan

CARA MEMOHON

Untuk memohon, sila hantarkan resume beserta gambar dan salinan kad pengenalan sebelum atau pada 13 Januari, di email [email protected] atau pos ke alamat ibu pejabat di bawah:

No 311 & 312,
Tingkat 3, Pangsapuri Bestari,
Persiaran Kemajuan, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13 Januari 2019

HUBUNGI

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-55103931 atau layari Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan / yide4all atau Instagram yide_officialhq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *