Jawatan Kosong Jururawat Pos Basik (Renal) di Pusat Dialisis Bahiah Sdn Bhd

Jawatan Kosong Jururawat Pos Basik (Renal) di Pusat Dialisis Bahiah Sdn Bhd – Kerja Kosong Jururawat Pos Basik (Renal). Permohonan Jawatan Kosong Pos Basik (Renal) Jururawat di Pusat Dialisis Bahiah Sdn Bhd kini dibuka.

INFO SYARIKAT

Kami menawarkan perkhidmatan rawatan dialisis iaitu satu prosedur yang menapis dan membersihkan darah untuk mengelakkan badan daripada mempunyai sisa badan yang berlebihan, mengurangkan pembendungan air yang berlebihan dan juga sodium dari darah manusia, mengawal tekanan darah, dan mengekalkan keseimbangan kimia tubuh.
Alamat : No 18, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor

DESKRIPSI TUGAS

  • Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Kejururawatan, Diploma Lanjutan/Graduan Diploma Tinggi, atau setaraf dengannya.
  • Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Calon perlu mempunyai Sijil Pos Basik (renal)
  • Calon tidak terikat dengan mana – mana center
  • Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
  • Pengalaman dalam dialisis akan menjadi satu kelebihan
  • Boleh bekerja shif.
  • Tempat tinggal tidak disediakan

CARA MEMOHON

Kepada anda yang berminat dengan tawaran jawatan kosong Post Basik (renal) jururawat ini, adalah dipelawa untuk menghantar resume berserta gaji jangkaan (expected salary) ke alamat emel berikut: [email protected]

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 25 Dec 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *