Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) – Permohonan Jawatan Kosong Jururawat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Jawatan Kosong Jururawat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sekarang.

Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan kosong sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

JAWATAN

  • Jururawat Gred U29
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kesihatan dan Perubatan
  • Jadual gaji: RM1,797.00 – RM5,753.00


SYARAT LANTIKAN

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : RM1,797.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN KOSONG JURURAWAT


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my
  2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
  3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 November 2019
  4. Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dokumen-dokumen sebagaimana berikut dan telah diakui SAH:-
    (i) salinan Sijil Penilaian Malaysia (SPM);
    (ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
    (iii) salinan transkrip pengajian;
    (iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
    (v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakn.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah)
    (vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
    (vii) salinan Lesen Kelas Memandu
    (viii) salinan kad pengenalan;
    (ix) sailan sijil kelahiran; dan
    (x) gambar berukuran pasport terbaru.
  5. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

    DATUK BANDAR
    MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
    PETI SURAT 232
    80720 JOHOR BAHRU

CATATAN AM

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
(d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan akan ditolak serta-merta.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *