Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Kerjaya Jururawat dengan sertai channel Telegram rasmi di https://t.me/jururawat - Admin.

Jawatan Kosong Jururawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) – Iklan permohonan kerja Kosong Jururawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon jawatan Kosong Jururawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) hari ini.

Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi jawatan kosong jururawat bertaraf TETAP di:-

• HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CALON ADALAH DIKEHENDAKI MEMENUHI SYARAT UMUM PERMOHONAN BAGI SEMUA JAWATAN YANG DITAWARKAN.

SYARAT UMUM PERMOHONAN:

1) Calon mestilah Warganegara Malaysia.

2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan:-
a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4) Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.

5) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6) Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurangkurangnya keputusan berikut:
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


JAWATAN 1: JURURAWAT GRED U29

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00

SYARAT LANTIKAN

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan: RM1,797.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
b) had umur pelantikan:
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan 60 tahun.

SYARAT TAMBAHAN UNIVERSITI

3) Calon hendaklah memiliki Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4) Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
5) Mempunyai Sijil Amalan Tahunan (Annual Practice Certificate) yang terkini.
6) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
7) Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Diploma Lanjutan/ Sijil Pos-Basik dalam bidang: –

a) Perawatan Perioperatif
i) Sub Kursus: Pembedahan Pediatrik
ii) Sub Kursus: Pembedahan Kolorektal
iii) Sub Kursus: Pembedahan Ortopedik
iv) Sub Kursus: Pembedahan Neuro
v) Sub Kursus: Pembedahan Urologi
vi) Sub Kursus: Interventional Radiology

b) Perawatan Rapi
i) Sub Kursus: Pediatrik
ii) Sub Kursus: Neuro
iii) Sub Kursus: Intensive Care Technology

c) Perawatan Onkologi
i) Sub Kursus: Hematologi-Onkologi
d) Perawatan Kesihatan Mental
e) Perawatan Gerontologi
f) Penjagaan Kecemasan
g) Pengkhususan Pediatrik
h) Perawatan Gastrointestinal Endoscopy
i) Rawatan Perianestesia
j) Pengkhususan Urologi
k) Perawatan Oftalmik
l) Perawatan Otorinolaringologi
m) Perawatan Nefrologi
n) Pengkhususan Neurosains
o) Penjagaan Dermatologi
p) Perubatan Sukan
q) Perawatan Ortopedik
r) Kawalan Infeksi
s) Perawatan Neonat
t) Perawatan Penjagaan Kesihatan Primer
u) Pengurusan Diabetis
v) Rehabilitasi
w) Diploma Lanjutan Kebidanan

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.


JAWATAN 2: JURURAWAT GRED U36

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM3,590.00 – RM7,605.00

SYARAT LANTIKAN

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan: RM3,590.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c) Jururawat Gred U32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Gred U36 yang kosong apabila telah:
i) disahkan dalam perkhidmatan;
ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
iii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
iv) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

SYARAT TAMBAHAN UNIVERSITI

2) Calon hendaklah memiliki Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3) Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
4) Mempunyai Sijil Amalan Tahunan (Annual Practice Certificate) yang terkini.
5) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
6) Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Diploma Lanjutan/ Sijil Pos-Basik dalam bidang: –

a) Perawatan Perioperatif
i) Sub Kursus: Pembedahan Pediatrik
ii) Sub Kursus: Pembedahan Kolorektal
iii) Sub Kursus: Pembedahan Ortopedik
iv) Sub Kursus: Pembedahan Neuro
v) Sub Kursus: Pembedahan Urologi
vi) Sub Kursus: Interventional Radiology

b) Perawatan Rapi
i) Sub Kursus: Pediatrik
ii) Sub Kursus: Neuro
iii) Sub Kursus: Intensive Care Technology

c) Perawatan Onkologi
i) Sub Kursus: Hematologi-Onkologi

d) Perawatan Kesihatan Mental
e) Perawatan Gerontologi
f) Penjagaan Kecemasan
g) Pengkhususan Pediatrik
h) Perawatan Gastrointestinal Endoscopy
i) Rawatan Perianestesia
j) Pengkhususan Urologi
k) Perawatan Oftalmik
l) Perawatan Otorinolaringologi
m) Perawatan Nefrologi
n) Pengkhususan Neurosains
o) Penjagaan Dermatologi
p) Perubatan Sukan
q) Perawatan Ortopedik
r) Kawalan Infeksi
s) Perawatan Neonat
t) Perawatan Penjagaan Kesihatan Primer
u) Pengurusan Diabetis
v) Rehabilitasi
w) Diploma Lanjutan Kebidanan

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan (SPJ Online) yang boleh dicapai melalui:

Laman Web Pejabat Pendaftar UPM : https://pendaftar.upm.edu.my
Laman Web Hospital Pengajar UPM : https://hpupm.upm.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh tutup permohonan melalui Sistem Permohonan Jawatan (SPJ Online) adalah pada 4 Disember 2020 (Jumaat).

PERHATIAN:

Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

HUBUNGI

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Sumber Manusia HPUPM
03-97699013/9019


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *