Jawatan Kosong JURURAWAT U29 (Permanent) di Universiti Teknologi Malaysia – Ogos 2015

Tawaran Jawatan Kosong JURURAWAT U29 (Permanent) di Universiti Teknologi Malaysia – Ogos 2015
Nurse Vacancy at UTM

DESKRIPSI KERJAYA

JAWATAN: JURURAWAT
GRED: U29
KUMPULAN: PELAKSANA
No Siri Jawatan: 20150817UA29B

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: PERUBATAN DAN KESIHATAN

JADUAL GAJI:

GAJI MINIMUM: RM 1,312.00
GAJI MAKSIMUM: RM 5,173.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM 145.00

ELAUN:

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
Bantuan Sara Hidup : RM 300.00 – Kuala Lumpur

DESKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. GRED U29 (Gaji Permulaan : RM1,687.59)
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TARAF JAWATAN : TETAP

LOKASI : UTM Kuala Lumpur

CARA MEMOHON

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

  1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui laman web UTM.
  2. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
  3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  4. Salinan Sijil-sijil Akademik dan Sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan 2 minggu sebelum temuduga.
  5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  6. Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas, sila memohon secara manual.
  7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Pejabat Pendaftar (Perjawatan), Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur.
  8. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.
  9. PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

Sila catatkan No Siri Jawatan untuk memudahkan membuat permohonan
Sila klik pautan berikut untuk – Permohonan On-Line

TARIKH TUTUP: 30 OGOS 2015

Sebarang pertanyaan berhubung iklan jawatan kosong boleh diajukan kepada urusetia
Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTM KL
di talian 03 – 2615 4611(Cik Sahidar / En Mohd Faizal)

Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru
di talian 07 – 55 31228 (Puan Norzulia) atau 07 – 55 31193 (Puan Nor Faizan).

Hanya calon yang telah mengisi borang secara online sahaja akan diproses.

Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *