Jawatan Kosong Jururawat U29 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Ogos 2015

Jawatan Kosong Jururawat U29 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Ogos 2015
jawatan kosong jururawat
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan Ogos 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan sebagai:

1. Jururawat U29

Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

JADUAL GAJI

Gaji Minimum: RM 1,312.00
Gaji Maksimum: RM 5,173.00

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) Warganegara Malaysia;
    (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
    (Gaji permulaan ialah pada RM1687.59);
    dan
    (e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    (a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas: dan
    (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di http://nsembilan.uitm.edu.my/v1/ atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

f. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR (PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel : +(606)-4823 2100 / 483 2210

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu, tarikh 12 Ogos 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *