Jawatan Kosong Jururawat U29 di UiTM Pahang – November 2015

Jawatan Kosong Jururawat U29 di UiTM Pahang – November 2015. Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong jururawat u29 di UiTM Melaka bulan Oktober 2015 kini dibuka.

jawatan kosong jururawat u29

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Bukan Akademik secara Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang (Kampus Jengka dan Kampus Raub) sebagi:

JURURAWAT U29
TARAF JAWATAN: TETAP
Gaji: RM1,312.00 – RM5,173.00


SYARAT & KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : RM1,687.59);
dan
(d)Calon bagi lantikan hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)(i)Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; dan
(b)Had umur pelantikan :
(i)Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55
atau 56 tahun; atau
(ii)Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

CARA PERMOHONAN

Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan (Bukan Akademik) 2015


Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan borang ini mengikut susunan berikut:-

  1. Salinan Kad Pengenalan dan sijil lahir
  2. Salinan tamat persekolahan sekolah rendah / sijil UPSR
  3. Salinan tamat persekolahan menengah rendah / LCE / SRP / PMR
  4. Salinan Sijil MCE/SPM, HSC / STPM atau setaraf
  5. Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD
  6. Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji

Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR

NO. TEL : (09) 4602032 / 33 / 29
FAKS : 09-4602488

Peringatan : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 November 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *