Jawatan Kosong Jururawat Terlatih di AfterBirthCare Services Sdn Bhd

Jawatan Kosong Jururawat Terlatih di AfterBirthCare Services Sdn Bhd – Iklan kerjaya terkini kerja Kosong Jururawat Terlatih (Staff Nurse) di AfterBirthCare Services Sdn Bhd.

jawatan kosong jururawat

MAKLUMAT SYARIKAT

AfterBirthCare adalah resort berpantang gaya Mediterranean yang terbesar di Malaysia yang terletak di Country Villa, Kajang. Ibu-ibu dapat dimanjakan dan dijaga dengan baik oleh pasukan perubatan yang profesional semasa tempoh berpantang. Ia merupakan sebuah pusat sehenti bagi wanita yang berubah menjadi ibu, dan ia mempunyai pasukan perubatan profesional, perkhidmatan mesra pelanggan, makanan berpantang(halal dan tidak halal) yang bernutrisi dan lazat, persekitaran yang baik dan lain-lain. Matlamat kami bukan sahaja untuk mengamalkan penjagaan yang baik kepada ibu dan bayi semasa penginapan mereka, tetapi juga untuk menyokong para ibu sepanjang proses keibuan mereka. AfterBirthCare menyediakan perkhidmatan nilai tambah seperti kelas keibubapaan dan sokongan penyusuan susu ibu.

Jawatan Kosong Jururawat Terlatih

Tawaran GAJI: ~RM2000

DESKRIPSI TUGAS

Tanggungjawab:

  • Menyediakan penjagaan ibu yang berkualiti tinggi serta melaksanakan prosedur kejururawatan yang mampu
  • Mengenalpasti keadaan fizikal dan emosi ibu secara serta-merta
  • Melakukan pemantauan setiap hari terhadap ibu dan rekod tanda-tanda fizikal ibu
  • Membimbing ibu-ibu baru dalam kaedah penyusuan susu ibu
  • Pemantauan setiap hari terhadap bayi bagi mengenal pasti tanda-tanda fizikal bayi, tumbesaran bayi, kemudahan untuk bayi yang khas, menjaga kebersihan bekalan bayi seperti lampin bayi dan lain-lain.
  • Melakukan penjagaan harian bayi seperti mandikan dan memberi makanan kepada bayi
  • Mendidik ibu bapa dalam tugas penjagaan bayi
  • Melibatkan diri dalam aktiviti pemasaran koporat (jika diperlukan)

Kelayakan:

  • Memiliki Diploma, Advanced, Higher atau Siswazah dalam bidang kejururawatan dan keatas
  • Sabar, penyayang dan gemar dalam penjagaan bayi
  • Berpengetahuan baik dalam bidang kejururawatan
  • Komunikasi yang baik dan mempunyai kemahiran interpersonal terutama dalam melakukan pemantauan
  • Mempunyai pengalaman selama 1-3 tahun dalam bidang kejururawatan
  • Graduan baru dialu-alukan
  • Bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin
  • Boleh berkerja mengikut syif: 3 syif
  • Lokasi bekerja: Kajang
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Perempuan sahaja
  • 5 kekosongan dibuka

CARA MEMOHON

​Jika berminat sila hantarkan resume anda ke enquiry@afterbirth.care​

HUBUNGI

Tel: 603 – 7972 0434 (ext 103)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *